Search This Blog

Tuesday, October 2, 2018

Kek Lapis Sarawak

Apasal Kek Lapis Sarawak pulak niii?

Hai, Salam 12 Oktober

Baiklah saya mengaku, entri kali ni tak ada pun kaitan dengan Kek tradisi Sarawak ini. Haha, saya mahu ceritakan kisah 4 sekawan yang baru berjumpa satu sama lain. Kisah ini bermula apabila mereka memasuki asrama untuk berlajar.


  Amirul Azam, nama diberi dari Kedah asalnya aku. Asrama? Huh, small matter. Walaupun aku tak pernah menduduki asrama sebelum ni tapi aku pernah bekerja di luar negeri. Menetap jauh dari rumah orang tua aku. Aku tak risaukan langsung pasal homesick  apa kebenda entah. Malah aku tak pernah rasa pun sebelum ni. Aku datang ke universiti ni dengan separuh hati sahaja, hajatku hanya mahu terus bekerja untuk bantu orang tuaku. Namun atas desakan cikgu-cikgu dan kata-kata rakan sebaya menolak aku untuk terus melangkah kearah pembelajaran sekali lagi. Dilema di saat keluarga aku susah, berat hati aku untuk tinggalkan mereka sekeluarga. Aku datang ke sini dengan kereta pakcik aku. Terpaksa, kerana kereta yang kami ada tak cukup besar untuk sumbat semua barang-barang aku.

  Setibanya aku di sini, aku diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter-kaunter yang telah disediakan. Aku beratur menunggu giliran aku dipanggil oleh staf yang bertugas. Belakang aku ada seorang mamat cina, masuk kami bersama dan berdaftar bersama-sama. Barulah aku tahu dia bukan cina, tapi anak kedah berdarah Siam. Jenn namanya, kami berborak dan berpakat untuk tinggal sebilik. Siap daftar aku keluar siapkan diri makan dan sebagainya di Masjid universiti. Saat aku jejakkan kaki memasuki bilik yang dijanjikan aku tak rasa apa, tapi sebaliknya Mat Siam Jenn yang gembira dan bersyukur dapat bilik ni. Aku keluar untuk seketika menunaikan hajat hati mahu melihat sekeliling. Terpandang aku kepada satu bilik ini, penghuninya sedang menyapu. Namun buat seketika aku ternampak asap berkepuk-kepuk keluar dari bilik dia, terkejut aku kehairanan. Tersentak, aku berkata pada diri bahawa itu hanya debu, perasaan simpati mula timbul seiring bibirku terkumat-kamit bertanyakan kepada pemilik bilik itu.

  " okay tak brader?" Terbatuk-batuk mamat tu keluar bilik dan memberi simbul semuanya baik dengan menunjukkan ibu jarinya keatas. Aku pun berlalu ke kanan koridor, kelihatan lagi seorang mamat sedang bersabung nyawa (metafora ja nah) memulas-mulas, menyocok dan menghentak tombol pintu bilik bernombor 347. Kami bertentangan mata secara spontan, lalu diikuti dengan senyuman yang janggal untuk seketika. Berlalunya aku melepasi bilik dia, kedengaran kembali bunyi tombol pintu digomol. Hanya dengar tanpa pandangan aku terus berjalan menuju kehujung koridor aras bilik aku dan terus menerjah tangga yang disediakan oleh pihak empunya bangunan ini. Aku berlalu turun ketemu keluarga aku buat kali terakhir, mungkin dan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kesayangan, lambaian mesra terus dihayunkan ke udara sehingga tak kelihatan lagi kereta yang berkhidmat kepada aku.

Baiklah sampai di sini sahaja buat masa ini, akan bersambung (tak tahulah bila hehe)...

SEBAGAI TANDA MINTA MAAF SAYA... CARA MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAhttps://www.youtube.com/watch?v=IUOEzNp44Xg  

No comments:

Post a Comment