Search This Blog

Tuesday, October 9, 2018

Pesan Ibu

Hai, 

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali lagi entri tercipta dek kerana rasa rindu yang membuak untuk menulis. Sedikit pesan ibu bergaul biar seperti ikan di lautan, masinnya air laut tidak terasa pada daging ikan. Sungguh ringkas didengarkan namun hakikatnya terlalu mendalam untukku memahaminya.

Pesan ibunda buat anak tercinta, tidak dapat digantikan apa-apa puisi indah, sajak dan mana-mana syair merdu yang terlahir di dunia ini. Semakin dewasa kita, semakin kita mengerti maksud kata-kata yang sangat-sangat ringkas tersebut. Pesan ibu itu hanya satu supaya bijak membawa diri dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tak sepatutnya. Salah satunya yang ingin penulis nyatakan disini adalah kita seharusnya bijak memilih dan bergaul dengan rakan-rakan dan juga orang disekeliling kita. Kerana sang ibu lebih kenal dunia terlebih dahulu berbanding kita, dan sepotong kata-kata petikan orang waras, manusia tidak dihidupkan berseorangan di dunia ini, walaupun Adam turut sunyi tanpa Hawa



Lumrah buat kita untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain, kerana manusia ini dicipta tidak sempurna kecuali Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Namun, Allah berfirman, dalam Surah An- Naba; Ayat 8 : "dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan". Dalam pada itu, kita wujud untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan, dan kelebihan yang kita cari itu mungkin ada pada orang lain untuk melengkapi kita. Berkawan memang indah, kekal dalam persahabatan itu sesuatu yang lain. Tetapi hakikatnya dunia tidak seindah mimpi. 

Banyak juga hubungan palsu dan hubungan toksik yang berlaku dalam kehidupan seharian kita kini. Persoalannya adakah kita sedar atau tidak sahaja? Rakan palsu ini adalah orang akan menikam belakang kita pada akhirnya, kerana didalam hatinya tidak ada pun kita yang dianggap sebagai rakan atau lebih teruk dalam diam rakan palsu ini memusuhi kita. Berkawan baginya hanya untuk mendapatkan maklumat peribadi atau sulit yang hanya diketahui tertentu atau untuk melunaskan sesuatu yang menjadi tuntutan padanya. Manakala rakan yang membuatkan perhubungan itu menjadi toksik adalah rakan yang membawa rakannya kearah kebinasaan dan keburukan. Dalam erti kata lain, jikalau dia sudah teruk, dia mahukan orang lain juga turut bersama-sama dia. Perhubungan toksik ini juga berpontensi kearah keasyikan dan ketagihan terhadap sesuatu yang tidak sihat dan sebagainya.

Pesan Ibunda itu satu, jadilah orang berguna kepada keluarga, agama, bangsa, dan negara. Dalam mencapai hajat itu, seseorang yang bergelar anak harus lalui ujian remaja, liku-liku perhubungan sesama manusia.  


Katanya lagi, ingatlah pesan ibu...

No comments:

Post a Comment