Search This Blog

Saturday, September 29, 2018

Malam Tunas Budaya UPM

Hai semua,

  Assalamu'alaikum dan salam sejahtera, sekali lagi entri dipos adalah kerana tanggungjawab diri keatas tugas yang diberi. Pernahkah anda mendengar tentang Malam Tunas Budaya UPM? Baiklah, tahu atau tidak tetap saya perlu menceritakan Malam Tunas Budaya UPM yang telah menjadi tradisi bagi warga-warga Universiti Putra Malaysia. Malam Tunas Budaya atau senang dipanggil MTB merupakan acara kemuncak bagi minggu Perkasa Putra yang dikhususkan kepada mahasiswa baharu UPM.

  Minggu Perkasa Putra merupakan program yang dijalankan untuk memperkenalkan UPM kepada pelajar baharu dan bertujuan memupuk semangat cinta akan UPM. Setelah hampir seminggu berorientasi bersama barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) dan barisan felo, kami dapat membentuk suatu kefahaman didalam setiap ahli kolej walaupun secara tidak menyeluruh. Kefahaman yang dimaksudkan adalah erti disetiap aktivti sepanjang Minggu Perkasa Putra serta pengalaman yang diselitkan bersama. Secara jujurnya dari diri saya sendiri saya dapat lebih kenal rakan lain serta sedikit latar belakang mereka, walaupun tidak menyeluruh.

  Namun saya tidaklah berniat menceritakan keseluruhan minggu tersebut. Saya hanya akan memfokuskan kepada kemuncaknya, MTB. MTB ini bermula dengan satu pembentukan kumpulan-kumpulan kecil dan pemilihan kecil. Kumpulan yang terbentuk itu juga tebahagi kepada dua iaitu kepada yang berbakat atau boleh menari dan kepada yang menyanyi. Ketika itu saya berada didalam Kumpulan yang bernama Peria Katak dan berpihak kepada pasukan tarian kumpulan itu. Setelah diberikan sedikit langkah asas Zapin, disitulah diberikan masa untuk kami semua berlatih tarian kami dan bersiap diri untuk dinilai oleh para MTM yang bertugas.



  Dijadikan cerita saya dan 3 orang lagi dari kumpulan saya terpilih untuk menjadi di antara wakil K15 dalam gabungan kolej bersama K12. Sejak dari itu hari-hari saya berubah, kehidupan di UPM saya semakin sibuk. Siangnya kuliah malamnya latihan tarian. Setiap malam kami bergaul, berganding bahu, dan berkerah tenaga dalam menjayakan hasrat gabungan kolej ini. Juara kami impikan, teserlah kenyataan itu melalui bimbingan Jurulatih Arif atau lebih mesra dipanggil Abang Couch dan semua MTM yang juga berperanan sebagai pembantu jurulatih.

  Pengalaman yang sangat seronok bagi saya, buat pertama kalinya saya terlibat dalam satu produksi sembah tari, Warisan Produksi. Pernah juga saya terseliuh di pergelangan peha dan xdapat teruskan latihan selama 3 hari. Tak dapat dijelaskan bagaimana semakin hari semakin erat ikatan persahabatan kami penari selama 3 minggu bersama. Tidak lupa juga penyanyi-penyanyi utama, pasukan koir, prop, teknikal, dan busana. Penat lelah yang kami lalui bersama dan gelak tawa yang tercipta tidak mampu dilupakan. Namun ia akhirnya tangisan bukan sahaja kami tidak dapat menjuarai MTB tahun ini, tetapi sedihnya kami kerana kami dah tak lagi selalu ketemu seperti dahulu lagi. Kenangan yang terbina bersama itu, saya yakin pastinya kami semua akan tersenyum apabila kenang kembali suatu hari nanti.


WILL MISS THEM...

No comments:

Post a Comment