Search This Blog

Wednesday, October 31, 2018

SAKIT HATI




4 Cara Mujarab Merawat Penyakit Hati



Penyakit hati
Penyakit hati

Setiap manusia tentu memiliki hati.
Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.
Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji.
Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  
Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit hati Penyakit Paling Bahaya

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya.
Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa.
Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.
Contoh penyakit hati?
Liat mengerjakan solat juga penyakit hati.
Semuanya berpunca daripada nafsu
Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia.
Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.
Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang.
Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.
Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati:

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras.
Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang.
Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain.
Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.




4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit-penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT
 Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.
Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Monday, October 22, 2018

Kisah Sedih Ringkas

  


Seperti mana tajuk entri kali ini..

 MALAM NI LAST DAY ASSIGNMENT 10%

TAK SEDIH YANG NI.. BUT KOYAK LAA
Saya akan menceritakan sedikit kisah sedih ringkas yang saya kutip dari laman sosial..

Related image

  Cerita pertama
Sifulan bin Sifulan..
cerita ni tentang member yang tersangatlah member.. berlaku sekitar bulan jun tahun lepas..
Image result for kisah sedih ringkas
#sayabanggaadamembercenggini

  Cerita kedua :
taknak cakap banyak.. tengok sajalah gambar ni..
macam kisah hidup saya pun ada.. :')
Related image


  Cerita ketiga :
okay yang ketiga ni hanya yang dah beranak ja paham.. 
tapi tak tahu la pula ganggang telefon tu pegang macam tu..
muka dia ja dah sedih.. T.T
Image result for kisah sedih ringkas


  Cerita keempat :
Cerita ni hanya perempuan yang lebih memahami.. diulang HANYA PEREMPUAN yang LEBIH PAHAM..
Image result for kisah sedih ringkas

Okay setakat ini sahaja dulu perkongsian saya..
input yang ada tak cukup strong, dan tak banyak..


KESIMPULANNYA
  sedih ini adatlah dalam kehidupan, pahit manis kehidupan jugalah yang mendewasakan kita menjadi lebih matang.

SEKIAN : Muhammad Amir

Sunday, October 14, 2018

Erti sebuah Nama

Nama : "panggilan khas untuk seseorang atau sesuatu"

 Pernahkah kalian terfikir apakah nama yang kalian punyai kini adalah pemberian ibu ayah atau pemberian tuhan. 

 Misalnya namaku, Muhammad Amiruddin, dipilih dan disaring rapi ibu ayahku, namun apakah namaku itu telahpun dipilih oleh Allah 'azza wa jalla kemudian nama yang sama dipilih lagi oleh ibu ayahku. 


 Perkara ini selalu bermain-main di dalam benak pikiranku. Namun setelah membuat beberapa pembacaan dan rujukan aku berfikir kembali bahawa tuhan itu Maha Adil, kita manusia diberi pilihan dalam hidup kita dan semuanya berkenaan pilihan yang kita buat. Nama kita, manusia, adalah pilihan ibu ayah kita, sebagai menyatakan kesyukuran dan memberi perhargaan kepada anak mereka yang baru lahir ke dunia. Baik setiap nama terkandung makna tersendiri yang akan membentuk diri kita melalui nama yang diberi. 

 Setiap manusia akan dipanggil dengan nama. dan disetiap nama yang mengandungi makna tersebut akan menjadi satu doa yang akan kerap-kali dilafazkan oleh orang sekeliling. Nama yang sedap bunyinya bukan menjadi ukuran, namun baik ertinya yang dituntut dalam pemberian nama. Sedih dan kecewa dengan sikap ibu ayah zaman sekarang yang menjadikan nama yang sedap dan panjang (sukar untuk disebut dan dieja) sebagai perlumbaan diantara sesama mereka. Tidak lagi kisah akan makna nama tersebut yang diukurnya ejaan yang unik dan campuran bahasa serta nama yang sedap disebut tetapi tiada makna.

 Antara kepentingan nama :

1. Nama adalah hal pertama yang diperuntukkan bagi anak ketika ia keluar dari kegelapan rahim
2. Nama adalah sifat pertama yang membedakannya dengan sesama jenisnya
3.  Nama adalah hal pertama yang dilakukan oleh seorang ayah terhadap anaknya, yang memiliki hubungan sifat pewarisan dan keturunan
4.  Nama adalah bekal bagi seorang anak untuk masuk ke tengah-tengah masyarakat.

  ADAB PEMBERIAN NAMA :

Nama memiliki sejumlah adab sebagai berikut:

1.  Bersungguh-sungguh untuk memilih nama yang paling dicintai
2.  Memperhatikan sedikitnya huruf seoptimal mungkin
3.  Memperhatikan ringannya untuk diucapkan oleh lisan
4.  Memperhatikan pemberian nama yang cepat menghujam dalam pendengaran seseorang
5.  Memperhatikan kesesuaian


Disunting dan diolah dari : Mutamamul Ula 

Tuesday, October 9, 2018

Pesan Ibu

Hai, 

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sekali lagi entri tercipta dek kerana rasa rindu yang membuak untuk menulis. Sedikit pesan ibu bergaul biar seperti ikan di lautan, masinnya air laut tidak terasa pada daging ikan. Sungguh ringkas didengarkan namun hakikatnya terlalu mendalam untukku memahaminya.

Pesan ibunda buat anak tercinta, tidak dapat digantikan apa-apa puisi indah, sajak dan mana-mana syair merdu yang terlahir di dunia ini. Semakin dewasa kita, semakin kita mengerti maksud kata-kata yang sangat-sangat ringkas tersebut. Pesan ibu itu hanya satu supaya bijak membawa diri dan tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tak sepatutnya. Salah satunya yang ingin penulis nyatakan disini adalah kita seharusnya bijak memilih dan bergaul dengan rakan-rakan dan juga orang disekeliling kita. Kerana sang ibu lebih kenal dunia terlebih dahulu berbanding kita, dan sepotong kata-kata petikan orang waras, manusia tidak dihidupkan berseorangan di dunia ini, walaupun Adam turut sunyi tanpa Hawa



Lumrah buat kita untuk bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain, kerana manusia ini dicipta tidak sempurna kecuali Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Namun, Allah berfirman, dalam Surah An- Naba; Ayat 8 : "dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan". Dalam pada itu, kita wujud untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap kekurangan pasti ada kelebihan, dan kelebihan yang kita cari itu mungkin ada pada orang lain untuk melengkapi kita. Berkawan memang indah, kekal dalam persahabatan itu sesuatu yang lain. Tetapi hakikatnya dunia tidak seindah mimpi. 

Banyak juga hubungan palsu dan hubungan toksik yang berlaku dalam kehidupan seharian kita kini. Persoalannya adakah kita sedar atau tidak sahaja? Rakan palsu ini adalah orang akan menikam belakang kita pada akhirnya, kerana didalam hatinya tidak ada pun kita yang dianggap sebagai rakan atau lebih teruk dalam diam rakan palsu ini memusuhi kita. Berkawan baginya hanya untuk mendapatkan maklumat peribadi atau sulit yang hanya diketahui tertentu atau untuk melunaskan sesuatu yang menjadi tuntutan padanya. Manakala rakan yang membuatkan perhubungan itu menjadi toksik adalah rakan yang membawa rakannya kearah kebinasaan dan keburukan. Dalam erti kata lain, jikalau dia sudah teruk, dia mahukan orang lain juga turut bersama-sama dia. Perhubungan toksik ini juga berpontensi kearah keasyikan dan ketagihan terhadap sesuatu yang tidak sihat dan sebagainya.

Pesan Ibunda itu satu, jadilah orang berguna kepada keluarga, agama, bangsa, dan negara. Dalam mencapai hajat itu, seseorang yang bergelar anak harus lalui ujian remaja, liku-liku perhubungan sesama manusia.  


Katanya lagi, ingatlah pesan ibu...

Tuesday, October 2, 2018

Kek Lapis Sarawak

Apasal Kek Lapis Sarawak pulak niii?

Hai, Salam 12 Oktober

Baiklah saya mengaku, entri kali ni tak ada pun kaitan dengan Kek tradisi Sarawak ini. Haha, saya mahu ceritakan kisah 4 sekawan yang baru berjumpa satu sama lain. Kisah ini bermula apabila mereka memasuki asrama untuk berlajar.


  Amirul Azam, nama diberi dari Kedah asalnya aku. Asrama? Huh, small matter. Walaupun aku tak pernah menduduki asrama sebelum ni tapi aku pernah bekerja di luar negeri. Menetap jauh dari rumah orang tua aku. Aku tak risaukan langsung pasal homesick  apa kebenda entah. Malah aku tak pernah rasa pun sebelum ni. Aku datang ke universiti ni dengan separuh hati sahaja, hajatku hanya mahu terus bekerja untuk bantu orang tuaku. Namun atas desakan cikgu-cikgu dan kata-kata rakan sebaya menolak aku untuk terus melangkah kearah pembelajaran sekali lagi. Dilema di saat keluarga aku susah, berat hati aku untuk tinggalkan mereka sekeluarga. Aku datang ke sini dengan kereta pakcik aku. Terpaksa, kerana kereta yang kami ada tak cukup besar untuk sumbat semua barang-barang aku.

  Setibanya aku di sini, aku diminta untuk mendaftarkan diri di kaunter-kaunter yang telah disediakan. Aku beratur menunggu giliran aku dipanggil oleh staf yang bertugas. Belakang aku ada seorang mamat cina, masuk kami bersama dan berdaftar bersama-sama. Barulah aku tahu dia bukan cina, tapi anak kedah berdarah Siam. Jenn namanya, kami berborak dan berpakat untuk tinggal sebilik. Siap daftar aku keluar siapkan diri makan dan sebagainya di Masjid universiti. Saat aku jejakkan kaki memasuki bilik yang dijanjikan aku tak rasa apa, tapi sebaliknya Mat Siam Jenn yang gembira dan bersyukur dapat bilik ni. Aku keluar untuk seketika menunaikan hajat hati mahu melihat sekeliling. Terpandang aku kepada satu bilik ini, penghuninya sedang menyapu. Namun buat seketika aku ternampak asap berkepuk-kepuk keluar dari bilik dia, terkejut aku kehairanan. Tersentak, aku berkata pada diri bahawa itu hanya debu, perasaan simpati mula timbul seiring bibirku terkumat-kamit bertanyakan kepada pemilik bilik itu.

  " okay tak brader?" Terbatuk-batuk mamat tu keluar bilik dan memberi simbul semuanya baik dengan menunjukkan ibu jarinya keatas. Aku pun berlalu ke kanan koridor, kelihatan lagi seorang mamat sedang bersabung nyawa (metafora ja nah) memulas-mulas, menyocok dan menghentak tombol pintu bilik bernombor 347. Kami bertentangan mata secara spontan, lalu diikuti dengan senyuman yang janggal untuk seketika. Berlalunya aku melepasi bilik dia, kedengaran kembali bunyi tombol pintu digomol. Hanya dengar tanpa pandangan aku terus berjalan menuju kehujung koridor aras bilik aku dan terus menerjah tangga yang disediakan oleh pihak empunya bangunan ini. Aku berlalu turun ketemu keluarga aku buat kali terakhir, mungkin dan mengucapkan selamat pulang ke tanah air kesayangan, lambaian mesra terus dihayunkan ke udara sehingga tak kelihatan lagi kereta yang berkhidmat kepada aku.

Baiklah sampai di sini sahaja buat masa ini, akan bersambung (tak tahulah bila hehe)...

SEBAGAI TANDA MINTA MAAF SAYA... CARA MEMBUAT KEK LAPIS SARAWAhttps://www.youtube.com/watch?v=IUOEzNp44Xg