Search This Blog

Sunday, December 2, 2018

Perbezaan Kanak2 Dulu dan Sekarang

Image result for kanak-kanak

Biarkan mereka berkawan dan bermain. Biarpun berkelahi, biarkan mereka belajar untuk membentuk tali persahabatan yang kuat. Biarkan mereka belajar perkara-perkara yang baik dan bermakna. Ingat, pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran akademik sahaja dan anak anda tidak akan kekal seorang kanak-kanak selama-lamanya.

Pernahkah anda terfikir bahawa perangai kanak-kanak zaman sekarang jauh berbeza berbanding dengan zaman kanak-kanak kita? Kanak-kanak hari ini kurang sabar dan ada yang langsung tidak tahu apa itu kemahiran hidup.

Mereka lebih kepada permainan peranti seperti tablet dan telefon bimbit. Tidak macam kita dulu: kalau kartun tak ada, pandai-pandailah main sendiri kat luar atau ajak jiran dan rakan main bersama.

Jadi apa yang telah membawa kepada perubahan ini ? Mari kita tengok beberapa perbezaaan zaman kanak-kanak dulu dan zaman sekarang:

  Image result for kanak-kanak zaman dulu                   Image result for kanak-kanak zaman sekarang

Semasa saya di sekolah, mana ada internet? Tak ada email, telefon bimbit, whatsapp, semua tak ada. Kalau bertekad nak menulis surat untuk penpal di negara lain, kenalah pakai cara lama: kertas, pensel, sampul surat bersertakan setem.

Selepas diposkan, kena bersabar tunggu surat balasan dan saya masih ingat perasaan seronok itu, apabila abang posmen datang untuk menghantar surat saya.

Sekarang kita hidup dalam zaman di mana segala-galanya adalah serta-merta. Kanak-kanak sekarang tidak akan faham perasaan seronok menunggu surat dari penpal.

Mereka dah pandai chatting, semua dah punya facebook, dah tak payah nak surat menyurat lagi. Mereka lupa untuk menghargai perkara-perkara kecil berlaku di sekeliling mereka.

Mereka hanya mahu kepuasan yang serta merta. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan mereka mahu segala-galanya dengan cepat dan menjadi kurang sabar.

Sukan, Tuisyen, Permainansrc=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/football.jpg Perbezaan Kanak Kanak Zaman Dulu dan Sekarang

Untuk sesetengah ibu bapa ini ada harapan yang standard untuk anak mereka. Anak semuda darjah satu kadang-kadang sudah didaftarkan untuk tuisyen, aktif dalam satu jenis sukan dan mungkin sedang belajar satu alat muzik sambil bersekolah setiap minggu.

Pada pendapat saya, ini terlampau banyak sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk bermain dan membina kenangan. Kehidupan cuma bagaikan rutin sahaja untuk memenuhi harapan ibu bapa.

Bertentangan dengan senario diatas, masa saya masih kecil, saya tenang sahaja. Saya jarang mengalami tekanan mengejar kecermelangan.

Sebaliknya saya diberi dorongan untuk memperbaiki keputusan saya dan saya jarang dibanding oleh ibu bapa, dengan rakan sebaya lain. Saya bebas untuk menyertai sukan kegemaran dan telah membina kenangan yang manis.

Kanak-kanak tidak berpeluang untuk berdikarisrc=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/04/2d11695192 today parent yell 140220 11a.nbcnews ux 2880 1000.jpg Perbezaan Kanak Kanak Zaman Dulu dan Sekarang

Kadang-kadang ia adalah lebih senang dan cepat jika ibu bapa melakukannya segalanya untuk anak mereka dari membiarkan anak melakukannya sendiri.

Contohnya apabila anak mahu memakai kasut dengan usaha diri sendiri dan ibu bapa sedang mengejar masa. Sudah pasti ibu bapa anak itu akan tolong pakaikan, dan bukannya memberi anak peluang untuk belajar berdikari.

Ibu bapa sentiasa menetapkan apa yang harus dilakukan: “Buat macam ini,” “Jangan buat macam itu,” “Ikut cakap Ibu.” Anak tidak mendapat peluang untuk membuat keputusannya sendiri. Ibu bapa yang terlampau melindungi anak mereka akan mendapati anak tidak akan tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian apabila berdepan dengan konflik.

Peluang untuk membina kenangan manis
Jadi sebagai ibu bapa, janganlah tergesa-gesa untuk mendorong anak ke alam dewasa. Biarkan anak membina kenangan kanak-kanak mereka sendiri.

Biarkan mereka berkawan dan bermain. Biarpun berkelahi, biarkan mereka belajar untuk membentuk tali persahabatan yang kuat. Biarkan mereka belajar perkara-perkara yang baik dan bermakna. Ingat, pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran akademik sahaja dan anak anda tidak akan kekal seorang kanak-kanak selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment