Search This Blog

Tuesday, September 18, 2018

Menapak Hijrah Dua Puluh Lapan Belas

Hai semua,

     Selamat Datang ke lanai seni hamba. Moleklah kalau pembuka kata didahulukan dengan pengenalan diri hamba nyedop? Nama diberi Muhammad Amiruddin Abdul Aziz, rakan mesrakan panggilanku sebagai Amir atau Am sahaja. Umur? Bolehlah pm tepi ya. Aku adalah putera ketiga daripada empat hero dalam wasilah Abdul Aziz ini. Asalku dari Kulim, Kedah baqhang! Haha.. 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 Universiti Putra Malaysia, tak pernahku termimpi menjejakkan kaki di bumi UPM ini. Sejujurnya aku langsung tak tahu akan kewujudannya  sebelum ini. Kini Minggu Perkasa Putra telah membuka mata dan mindaku terhadap keunikan dan kemegahan universiti ini. Bukannya niat untuk memuji dan menyanjung (atau mengampu), tetapi itulah hakikat perasaan yang terbuku dikalbuku ketika pertama kali menjejakkan kaki.

  Termasuk ini, sudah kedua kalinya aku merantau jauh dari teratakku dan menetap di negeri orang. Aku sebelum ini bermusafir mencari nafkahku sendiri untuk belajar hidup didunia yang serba baharu. Harapan ku gengam supaya dapat mengurangkan beban ketua keluargaku dan membantu mereka sedikit sebanyak. Bancuh kopi permulaanku bertaktih menuju kedewasaan. Satu ku tafsir dari pengalaman aku dahulu, semakin kita mengejar kebendaan, apa yang kita miliki hari ini tak akan pernah mencukupi. 

    Sedikit maklumat tambahan tentang diri aku, aku adalah mahasiswa tahun pertama kolej 15. Berjurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dibawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Secara jujurnya, sewaktu keputusan UPU keluar, aku terpinga-pinga akan jurusan yang ditawarkan. Kata hatiku, "huh komunikasi, apa benda la aku dapat ni". Sungguh aku pun tak pasti jalan yang bakal aku tempoh nanti.

    Aku banyak membaca entri-entri blog mahasiswa Jurusan Komunikasi yang sedikit sebanyak menceritakan tentang Komunikasi itu sendiri. Segala aspek ku ambil kira dari segi kelebihan, kekurangan dan peluang pekerjaan. Ada juga maklum balas warga dewasa yang mempersoal bidang pelajaran yang aku bakal selami. Tetapi bagi aku, ilmu itu sendiri tidak akan mendatangkan kerugian kepada diri seseorang yang mempelajarinya malah menjadi satu keperluan pada masa-masa tertentu.

    Komunikasi ini adalah asas kepada kemahiran belajar. Kita belajar untuk berhubung dengan manusia lain dan cuba untuk lebih memahami orang serta tinkahlakunya sebagai tindak balas kepada komunikasi. Kita belajar untuk menjadikan perhujahan antara pihak yang berinteraksi menjadi lebih efisien dan efektif. Bak kata lain, komunikasi adalah salah satu cabang yang mampu membina perpaduan (bergantung kepada pembawaan mahasiswa siswi).

Jadi cukuplah setakat ini sahaja hamba berceloteh. Sampai sini sahaja entri pertama hamba. 

Assalamualaikum dan salam sejahteraa...

No comments:

Post a Comment