Search This Blog

Monday, November 26, 2018

Penggemar Kopi

Tabiat minum kopi di kalangan rakyat Malaysia ini bermula dari sejak zaman dulu lagi apabila ia diperkenalkan oleh pegawai askar Inggeris semasa tempoh penjajahan British. Ada juga menyatakan kopi datang ke Tanah Melayu lebih awal dari itu.

Dulu kopi juga sinonim dengan kopitiam iaitu bisnes kedai kopi yang dijalankan oleh peniaga keturunan Cina Hainan dan Hokkien di pekan-pekan dan warung kopi di kampung-kampung. Kini, budaya kopi bukan lagi sekadar di kopitiam dan warung kopi.

Kewujudan kedai kopi moden bercirikan mewah dan gaya funky telah menjadikan budaya kopi ini sebagai satu urban lifestyle di bandar-bandar besar terutama di kalangan generasi muda hari ini.

Kredit: Coffeeandtealover.com
Kredit: Coffeeandtealover.com
KREDIT: COFFEEANDTEALOVER.COM

Kopi tempatan juga bukanlah satu-satunya pilihan yang ada kerana kedai kopi moden ini turut memperkenalkan kopi jenis espresso, macchiato, mocha, latte, cappuccino dan sebagainya. Harganya pula bukanlah dalam kadar mampu minum kerap kerana ia boleh mencecah RM7.00 ke atas bagi secawan kopi.

Maka, seorang penggemar kopi telah mencari resipi di Google dengan harapan dapat menikmati kopi dengan cara yang murah, sedap dan senang. Dia mencubanya beberapa kali sehinggalah dia berjaya menemui cara buat kopi ala kafe hipster di rumah. Kemudian dia kongsikan cara penyediaannya di Facebook. Dia ialah Amran Husni.

Amran Husni jadi gila kopi selepas balik dari Melbourne, Australia. Dia ke sana untuk menghadiri majlis graduasi adiknya. Dia terkejut “Coffee Culture” atau budaya kopi di Australia sangat besar kerana orang-orang dari segala pelusuk dunia yang menetap di Australia telah membawa bersama mereka budaya tersebut.

Dengan mudahnya anda akan menemui kopi gaya tradisi Itali, Perancis dan lain-lain. Hidangan kopi juga diolah mengikut budaya hipster orang Australia. Menurutnya lagi, memang banyak kafe-kafe hipster yang menjual kopi sedap di sana.

Baiklah, cukup dengan sedikit pengenalan tentang budaya kopi. Ini saya mahu kongsikan cara Amran Husni membancuh secangkir cappucino yang lazat setanding kafe hispter di luar sana, menurut katanya.

kopi 10
kopi 10
Konsepnya meliputi 3 bahagian ini untuk membuat air kopi cappucino. Jadi, kalau guna 60ml atau 80ml atau 90ml espresso, anda perlu memastikan susu dan foam (buih) juga dengan kadar yang sama banyak/tinggi dalam secangkir cawan.


Cara Penyediaan Cappucino Di Rumah
Langkah 1: Sediakan serbuk kopi jenis fresh roast and ground coffee.

kopi 01
kopi 01
Amran Husni (AH): Aku beli kopi Tesco je. Yang dah siap gilis. Harga yang hitam tu RM18 n (dan) merah RM10. So boleh la buat dalam 30-40 cawan. Terpulang korang nak cari brand n jenis camana (macam mana).

Langkah 2: Sediakan french press.

kopi 02
kopi 02
AH: Ni namanya french press. Beli kat MR.DIY dalam RM10. Banyak jenis n yang bagus brand BODUM. Mahal tapi tahan. So bubuhlah dalam 8 sudu kecil serbuk kopi. Nak lagi umph letaklah dalam 10-15 sudu. Ikut selera masing-masing.

Langkah 3: Sediakan air panas.

kopi 03
kopi 03
AH: Bubuh air panas dalam 80ml. Jangan letak air mendidih (sebab) nanti kopi akan hangit. Dan kacau guna sudu perlahan. Pastikan guna sudu plastik, kaca dan kayu. Jangan besi sebab boleh jejaskan rasa kopi tu.

Langkah 4: Compress bancuhan air kopi.

kopi 04
kopi 04
AH: Pas (selepas itu) 3-4 minit tekan perlahan-lahan batang tu. Jangan lama sangat rendam kopi tu sebab akan hangitkan rasa kopi tu. Buh (letak) dalam cawan dan bersihkan french press tu.

Langkah 5: Sediakan susu segar yang panas.

kopi 05
kopi 05
AH: Panaskn susu segar. Aku slalu guna Goodday Fresh Milk. Dalam 80ml dan tutup api bila dah nampak susu tu berasap. Jangan sampai mendidih, nanti (susu) jadi ketulan keju (susu mengental) lak.

Langkah 6: Kocakkan susu.

kopi 06
kopi 06
AH: Tuang dalam french press tu dan kocak susu tu guna penekan tu sampai buih jadi sama dengan kuantiti susu.

kopi 07
kopi 07
Inilah hasil kocakan tadi. Buih sama dengan level susu.

Langkah 7: Campurkan bancuhan susu dan kopi.

kopi 08
kopi 08
AH: Dan tuang perlahan-lahan (susu) bersama kopi tadi.

Langkah 8: Jom minum!

kopi 09
kopi 09
AH: Tadaaa! Siap! Tambahlah gula satu sudu kalau nak rasa manis. Ikut selera memasing. Nak buat corak macam kat kedai tu aku tak reti la. Janji boleh minum masuk tekak aku, settle.

Klik siri mudahnya – untuk ketahui apa lagi yang anda boleh dibuat di rumah dengan mudah.

Amran Husni, seorang bekas eksekutif kewangan di Petronas dan kini berniaga memang suka kopi dan akan mencuba pelbagai jenis kopi meninggalkan satu pesanan buat anda:

“Just enjoy coffee the way you like. Sebab sedap di mulut kita tak bermakna sedap di mulut orang lain dan sebaliknya.”


Tonton video di bawah untuk lebih jelas tentang cara penyediaannya:

Friday, November 23, 2018

KeBaIkAn TeH hIjAu

Nah tahu khasiat teh hijau? Anda suka minum air teh hijau?
Kalau tidak suka, selepas ini pasti pandangan anda tentang pengambilan teh hijau berubah selepas membaca kebaikan teh hijau yang kami tulis ini.
Banyak khasiat dan kebaikan dengan mengmabil teh hijau.Serta kamikongsikan post viral di Facebook cara minum teh hijau agar cepat kurus.

Rahsia Panjang Umur Rakyat Jepun
Satu kajian yang dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang.
Ini kerana teh hijau yang berasal dari Negara Cina ini melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut.

Berikut adalah fakta kesihatan dari teh hijau:

1001 Kebaikan Teh Hijau
teh hijau
teh hijau. Imej via batamtoday

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.


2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.


3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.


4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan.


Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.


5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.


6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.


7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.


8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.


9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.


10.Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.


11.Kajian menunjukkan bahawa teh hijau membakar lemak serta meningkatkan kadar penggunaan tenaga.


12.Peningkatan kadar metabolisme selepas meminum teh hijau adalah bergantung kepada individu.


13.Perkembangan sel yang tidak terkawal adalah punca seseorang diserang penyakit kanser. Kerosakan oksidatif menyumbang kepada perkembangan kanser. Di sinilah teh hijau yang bertindak sebagai aktioksidan menjalankan fungsinya melindungi anda daripada risiko diserang kanser.


14.Antioksidan dalam teh hijau mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 22%, kanser prostat sebanyak 48%, dan kanser kolorektal sebanyak 57%.


15.Mencampurkan susu dalam teh hijau akan mengurangkan nilai antioksidan. Oleh itu, elakkan minum teh hijau bersama susu.


16.Alzhemeir dan Parkinson merupakan penyakit yang berpunca dari otak. Biasanya ia menyerang warga tua. Katekin di dalam teh hijau memberikan perlindungan ke atas neuron, sekaligus merendahkan risiko alzhemeir dan Parkinson.


17.Katekin boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza. Ini mengurangkan risiko jangkitan penyakit.


18. Katekin juga meningkatkan kesihatan gigi di samping mengurangkan masalah bau nafas.


19. Teh hijau mengurangkan risiko diabetes jenis ke 2 sebanyak 42%. Diabetes Jenis ke 2 adalah di mana kandungan gula dalam darah amat tinggi dan menolak insulin atau tidak mampu menghasilkan insulin.


Teh hijau memperbaiki kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.


20.Mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap diabetes.

21.Teh hijau mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok sebanyak 31%.


Ada banyak pendapat mengenai berapa banyak anda perlu minum teh hijau dalam sehari. Ada yang mengatakan sekurang-kurangnya 2 cawan dan ada juga yang mencadangkan sekurang-kurangnya 5 cawan sehari.


Sekiranya anda ada masalah kesihatan atau sedang hamil, cuba dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu.

Tuesday, November 13, 2018

ASAL USUL MELAYU

Bangsa Melayu menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, berasal dari isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. yang bernama Siti Qanturah. Namun lebih disebut dalam sejarah atau bahasa lama, Keturah yang bererti harum, wangi baik budi pekerti. Jika Bani Israil adalah dari Nabi Ishaq, dan bangsa Arab adalah dari Nabi Ismail, bangsa melayu adalah dari Siti Qanturah atau lebih dikenali sebagai Bani JAWI. Disebut di dalam kitab Ibnu Kathir, JAWI ini bererti yang meyakini Tuhan yang Esa, dan erti lainnya ialah jauh. Jawi yang dikatakan jauh itu berasal dari kalimah arab yang bermakna, 'angin' (jawwu). Ini merujuk kepada betapa jauhnya kedudukan mereka dengan bani Israel dan bangsa arab di sekitar Timur Tengah ini.
Bangsa melayu, juga dikenali sebagai Jawi (yang kemudian bertukar/terkenal dengan jawa) adalah bangsa yang disimpan. Bagi yahudi, mereka lebih kenali sebagai bangsa yang hilang. 'Hilang' kerana 'saudara' mereka dari ibu ke tiga ini tidak dapat dihubungi, tidak tahu di mana berada. 'Hilang' juga kerana mereka mahu menyembunyikan bahawa saudara mereka ini akan menerajui empayar dan menguasai bumi atas nama Islam.

Jadi, apa kaitan Jawi, bangsa yang hilang, bangsa yang disimpan, bangsa dari timur, yang berhidung peset ini dengan kebangkitan Islam ke dua ini? Sebenarnya, bangsa ini adalah bangsa yang disebut di dalam hadis Nabi s.a.w.,

“Satu kaum dari Timur (Pemuda Bani Tamim dan ikhwan) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada Al-Mahdi.”

Menurut ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, kaum dari timur dan timur yang dimaksudkan ialah, bangsa melayu dari Tanah Melayu. Ini tidak menghairankan, kerana mereka memang dipersiapkan. Bukan sahaja mereka dari keturunan Jawi yang hilang itu, bahkan mereka adalah keturunan Ahlul Bait dan para sahabat.

Ini juga adalah doa Nabi Ibrahim kepada keturunannya yang tidak diberikan Nabi atau Rasul dikalangan mereka, namun cahaya Nabi dan Rasul ada bersama mereka.

Ya Tuhan kami, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Engkau dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Tuhan kami kurniakanlah dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orang-orang yang bertakwa.”

Doa Nabi Ibrahim diperkenankan Tuhan, lalu baginda mengarahkan anak-anaknya dari Siti Qanturah ini tetaplah di timur. Baginda dikhabarkan bahawa walaupun tiada Nabi atau Rasul dikalangan mereka, Tuhan akan mengutuskan pemimpin yang bertaraf Nabi dan Rasul, yang membawa cahaya Nabi dan Rasul, namun dia bukanlah Nabi atau Rasul. Maka sesuailah dengan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim bahawa mereka bukanlah Nabi dan Rasul, namun tanggungjawab dan tugas Nabi dan Rasul itulah yang ditanggung mereka.


Tuesday, November 6, 2018

BOBO DIMANA

Luahan Ikhlas : Bobo Di Mana : Muzik Video Tak Tahu Malu.


Saya ni mungkin dah terlambat dari orang lain kot tahu tentang  kewujudan muzik video yang tular akhir-akhir ni... Maklumlah, saya ni bukan jenis ambik port  hal-hal artis dan lagu terbaru. tapi saya pasti semua orang dan lihat kot muzik video tu.. sebenarnya saya berkira-kira jugak nak tulis entry ni ke tak.. sebabnya mula-mula saya fikir tak elok sangat la video ni ditonton oleh budak-budak kan.. dan saya nak tulis pandangan saya kat sini. dan lagi sekali saya fikir.. kalau saya tulis entry ni macam saya pulak yang tolong buat promosi untuk dia.. ishh! tapi saya tulis juga sebab saya yakin Allah tahu niat kat hati saya yang sebenarnya macam mana.. sesungguhnya Allah lah "Juri" yang paling berhak menilai diri saya 

kali pertama saya tengok video ni kat Youtube.. saya rasa macam nak baling je telefon pintar saya kat dinding tau tak.. tapi tak kan lah saya nak korbankan telefon kesayangan saya yang banyak kenangan ni demi sebuah video bodoh ni kan.. Oh.. Tidak sama sekali..  

Jujur, dlm video tu saya cuma kenal Datok Aliff Syukri dan Sajat jer,, yang sorang lagi saya pon tak tau siapa.. (malas nak google dan malas nak ambik tau) haha. maklumlah saya ni jakun sikit.. maklumlah orang kampung jer,, saya cuma tak faham kenapa mereka buat muzik video ni.. apa motif sebenar mereka?? 

Bagi saya tak sesuai video ni ditonton bukan shj oleh kanak-kanak, kakak,abang, pakcik, makcik dan atok nenek pon tak sesuai tengok. suasana dlm sebuah bilik hotel..  Sajat berpakaian menjolok mata tertonggek-tonggek atas katil. saya tak tahu identiti sebenar Sajat ni. orang kata dia lelaki tukar jantina jadi perempuan. saya tak kisah identiti dia apa.  cuma saya nak cakap.. dia dah menjatuhkan maruah seorang wanita. weii.. orang perempuan ni dia malu laa nak tunjuk "aset-aset" dia tu.  

saya tak rasa muzik video ni dibuat untuk melariskan produk jualan mereka. bukan juga nak raih populariti,, cuma lebih kepada Sajat nak sangat tunjuk bukti bahawa dia seorang wanita.. itu jer yang saya nampak. ke korang fikir macam mana??  malangnya, jelas suara jantan kau tu terkeluar Sajat.. macam mana orang nak percaya.. 

saya juga teramat malu dengan Datuk Aliff. dulu saya amat menyegani beliau. (walaupun aku tak pernah beli walau satu pun produk beliau). tapi sekarang saya rasa Datuk ni dah melampau. Kalau ya pun Sajat perempuan sejati, Datuk tak rasa berdosa ke dok dalam bilik dengan perempuan seksi -seksa macam tu? terkinja-kinja macam kera kena belacan. malu nya!! saya pun ada tengok video isteri Datuk marah-marah pasal video ni. tapi marah apa macam tu? Marah ke bergurau?. ish.. makin dilayan makin saya pelik... haha.. 

So.. sesiapa yang "sakit mata" macam saya bila tengok video ni.. mohon sama- sama buat macam saya buat yer.. iaitu REPORT PADA PIHAK YOUTUBE...  

ikuti langkah berikut :
1. pergi ke carian youtube.com dan tulis carian 
   Lirik Video Bobo DiMana
2. klik  tiga titik . . . yang terdapat dipaparan laman web tersebut dan klik 
lambang bendera {laporkan} 

3. Kemudian keluar paparan seperti ini dan pilih laporan anda berdasarkan 
kandungan video.. saya pilh {kandungan seksual}. akhir sekali tekan butang laporkan.
dan siap.. 

Di sini juga saya juga nak buat penafian. bahawa saya tulis entry ini berdasarkan kata hati saya sendiri.. ikhlas bukan didesak oleh mana-mana pihak. jauh sekali saya nak curah pasir dalam periuk nasi perniagaan mereka. cuma saya ajak kalian untuk sama-sama boikot "lagu bodoh " ni dari ditatap oleh generasi kita akan datang..  

p/s : semoga allah kurniakan hidayah buat mereka dan melindungi seluruh zuriat keturunan kita daripada menyalahi fitrah dan menyimpang dari agama yang syumul ini..